Posts

Iklim dan budaya sekolah: kesan terhadap kemenjadian pelajar Raihan binti Mohd Arifin 1 , Kamarul Shukri bin Mat Teh 2 , Noradilah binti Abdul Wahab 3 1 & 3 Pelajar PhD, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), 2 Pensyarah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak. Kuala 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. raifad5566@gmail.com , kamarul@unisza.edu.my , adilahphd@yahoo.com , Abstrak Iklim dan budaya sekolah merupakan antara unsur penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Kedua-dua konsep ini penting dalam meningkatkan kemenjadian pelajar. Walaubagaimana pun, sering berlaku polemik antara fahaman budaya dan iklim sekolah dalam kalangan pendidik. Justeru, kertas ini bertujuan untuk meninjau konsep iklim dan budaya sekolah serta keberkesanannya dalam meningkatkan kemenjadian pelajar. Bagi tujuan tersebut, telah dilakukan kajian literatur yang berfokuskan kepada pengamatan terhadap kajian terdahulu. D